Thursday, 29 May 2014

Wana dapat course "Photography" !!

Assalamualaikum wahai pembaca blog wana yang baca senyap-senyap.
Hehehe takde sesiapa pun.
Okay hari ni nak cerita pasal wana dan tempat sambung belajar.
Mula-2 wana dapat interview dalam bulan 3.
Wana kena interview dekat UITM Shah Alam untuk kos Seni Lukis dan Seni Reka.
Sebelum interview, kena daftar. Lepas tu, dapat number. Then kami tunggu turn untuk ujian melukis.
Korang akan diberi satu barang kat depan korang. Masa interview wana tu, ada sebuah kotak diatas sebuah kerusi yang diletakkan diatas dua buah meja dan atas kotaknya ada kain putih.
Hahhh, lukis sampai lebam. Lepas tu tunggu turn lagi kat dalam dewan. Tunggu turn apa?
Turn untuk di interview dengan lect kat sana.
Ada 9 option kena pilih :

  1.  Fashion
  2.  Seni Tekstil
  3.  Fotografi
  4.  Seni halus
  5.  Logam halus (reka barang kemas)
  6.  Pencetakan
  7.  Seramik
  8.  Seni reka perindustrian
  9.  Seni grafik


Sekali wana dapat lain daripada yang wana mintak. Ingatkan dapat Graphic Design. Tetapi... Apakan daya..
Then, wana dapat surat tawaran untuk Diploma Fotografi dan Pengimejan Kreatif dekat UITM Kampus Alor Gajah. ( Alhamdulillah~ at least wana dapat )
Macam mana nak jadi photographer kalau camera pun takde T____T

UITM kat Melaka~ Wah.. UITM Lendu~
Ada orang kata UITM Lendu berhantu !!
Uitm Lendu ni first uitm yang wujud kat malaysia ni. Hahaha so kampus ni sangatlah lama dan uzur. ( kawan-kawan saya katalahhh )
My ex-classmate dapat juga kat Melaka. tapi course Fine Art lah. Amirah yang chubby. Huhuhu~ hope sangat2 kalau dapat jadi roomate. Hahaha ingat nak daftar sama-sama nanti :p
Ni gambar Wana dengan Amirah. Haha gambar masa last day spm dengan classmate 5 Salman 2013,
I miss this moment. Habis baju kena calit kek berwarna biru. ( wana sangat selekeh ) XD

Okay! Sekarang ada 2 hari lagi wana nak gerak ke Melaka untuk register. ( 1 Jun 2014 )
Segala keperluan masih dalam proses nak habis packing :) wish me luck and terima kasih doakan wana.
Yeah!!

No comments:

Post a Comment