Saturday, 5 April 2014

TAJUK : PARANOID / PARANOIA


Paranoia atau paranoid ialah orang-orang yang selalu cemas dan takut sebab diorang rasa semua orang nak aniayai diorang sedangkan hakikatnya they olls yang selalu berfikiran negative dan anggap semua orang disekeliling mereka adalah jahat dan nak membuat jahat kat diorang. Dalam kepala otak diorang tersangatlah complicated dengan pelbagai anasir bayangan dan ilusi 'iblis' yang diorang cipta sendiri. Hakikatnyaaaa, takde pun salah dan silap sesiapa pun melainkan perasaan cemas dan takut pada diri sendiri saja.

Simptom-simptom paranoid adalah seperti berikut :
  • *Bila dia baca status Facebook kawan dia duk kutuk-kutuk dan marah-marah dia mesti akan terfikir "Weh, kau sembang pasal aku ke?"
  • *Selalu merasakan orang semua kutuk dan mengata dia.
  • Dia tak nak makan nasi lemak/ makanan yang kawan sekerja/ sekolah dia bagi sebab takut dalam nasi tu ada santau. (woww~ amazing !)
  • Selalu marah dan rasa terpinggir kat parent dia sendiri sebab dia rasa mak bapak dia lebih sayang anak-anak lain. (kuat jealous~ =__=)
  • Jeles kuat dengan BF/GF sebab takut pasangannya bermain kayu tiga! Padahal pasangan dia baik kot. (sejenis bengong.. huhuhu! kesian pasangan dia)
  • Selalu rasa orang semua tak mau kawan dengan dia.

Itulah antara contoh kelakuan orang-orang yang paranoid. Saya rasa kannnn..... korang pun ada banyak contoh lain yang korang boleh relate dengan contoh-contoh di atas.



*Persoalannya : Mengapa orang tu jadi paranoid?*
Jawapannya :
Senang saja u olls  !!

*Dia jadi paranoid sebab selama ni dia yang duk buat onar kat orang. (You know what I mean , right ?) Sebab tu dia cepat sangat terasa macam orang lain pun nak buat naya kes kat dia.


So, the conclusion is... Janganlah suka duk kutuk dan duk mengata kawan-kawan sedangkan diorang tu semua tak mintak duit dia haram sekupang pun daripada korang. So kalau dia sendiri nak melingkup dengan life dia, biarlah. Bak kata orang utagha, biak pi lah! Kalau dia hidup alhamdulillah rezeki melimpah, heyy korang janganlah korang nak ada PHD ni. ( PHD = Perasaan Hasrat Dengki ) sampai korang nak buat macam-macam benda bagi dia jatuh. Kesianlahhhh kat dia. 

Benda-benda macam ni makan hati kau tau? Nanti lama-lama korang akan rasa semua kat dunia ni pun nak buat "something" or buat "aniaya" kat korang.

Sebab tulah adalah bagus kita hidup dalam suasana "positive". Wehh... Perkara ni maybe semua pernah lalui, betul tak? (betul.. betul.. betul..) Biarlah apa pun nak jadi. Just focus on your target untuk diri korang and hidup korang. Done ! ^w^



p/s : Tergerak hati nak post sebab adik tetiba je tanya, 

"Kak, kalau diana cakap akak paranoid, akak marah tak?"

Aku kata "Mestilah marah. Why? Kau cakap kat orang paranoid eh?"

Dia kata ye. I ask my mum "Ma, paranoid tu gila en?"

Diana menyampuk "Otak kauu.."

Mama jawab "Betul lah tu. Gila."

Aku balas "Hahh... Kan... Dia mental!"

"Bukan paranoid tu takut ke?" diana tanya lagi.

"Yelah... Dia dah takut.. Pastu mental.. Then, gila lah.. haha!" aku selamber jawab.

http://nurhazwana.blogspot.com/