Thursday, 29 May 2014

Wana dapat course "Photography" !!

Assalamualaikum wahai pembaca blog wana yang baca senyap-senyap.
Hehehe takde sesiapa pun.
Okay hari ni nak cerita pasal wana dan tempat sambung belajar.
Mula-2 wana dapat interview dalam bulan 3.
Wana kena interview dekat UITM Shah Alam untuk kos Seni Lukis dan Seni Reka.
Sebelum interview, kena daftar. Lepas tu, dapat number. Then kami tunggu turn untuk ujian melukis.
Korang akan diberi satu barang kat depan korang. Masa interview wana tu, ada sebuah kotak diatas sebuah kerusi yang diletakkan diatas dua buah meja dan atas kotaknya ada kain putih.
Hahhh, lukis sampai lebam. Lepas tu tunggu turn lagi kat dalam dewan. Tunggu turn apa?
Turn untuk di interview dengan lect kat sana.
Ada 9 option kena pilih :

  1.  Fashion
  2.  Seni Tekstil
  3.  Fotografi
  4.  Seni halus
  5.  Logam halus (reka barang kemas)
  6.  Pencetakan
  7.  Seramik
  8.  Seni reka perindustrian
  9.  Seni grafik


Sekali wana dapat lain daripada yang wana mintak. Ingatkan dapat Graphic Design. Tetapi... Apakan daya..
Then, wana dapat surat tawaran untuk Diploma Fotografi dan Pengimejan Kreatif dekat UITM Kampus Alor Gajah. ( Alhamdulillah~ at least wana dapat )
Macam mana nak jadi photographer kalau camera pun takde T____T

UITM kat Melaka~ Wah.. UITM Lendu~
Ada orang kata UITM Lendu berhantu !!
Uitm Lendu ni first uitm yang wujud kat malaysia ni. Hahaha so kampus ni sangatlah lama dan uzur. ( kawan-kawan saya katalahhh )
My ex-classmate dapat juga kat Melaka. tapi course Fine Art lah. Amirah yang chubby. Huhuhu~ hope sangat2 kalau dapat jadi roomate. Hahaha ingat nak daftar sama-sama nanti :p
Ni gambar Wana dengan Amirah. Haha gambar masa last day spm dengan classmate 5 Salman 2013,
I miss this moment. Habis baju kena calit kek berwarna biru. ( wana sangat selekeh ) XD

Okay! Sekarang ada 2 hari lagi wana nak gerak ke Melaka untuk register. ( 1 Jun 2014 )
Segala keperluan masih dalam proses nak habis packing :) wish me luck and terima kasih doakan wana.
Yeah!!

Saturday, 5 April 2014

TAJUK : PARANOID / PARANOIA


Paranoia atau paranoid ialah orang-orang yang selalu cemas dan takut sebab diorang rasa semua orang nak aniayai diorang sedangkan hakikatnya they olls yang selalu berfikiran negative dan anggap semua orang disekeliling mereka adalah jahat dan nak membuat jahat kat diorang. Dalam kepala otak diorang tersangatlah complicated dengan pelbagai anasir bayangan dan ilusi 'iblis' yang diorang cipta sendiri. Hakikatnyaaaa, takde pun salah dan silap sesiapa pun melainkan perasaan cemas dan takut pada diri sendiri saja.

Simptom-simptom paranoid adalah seperti berikut :
  • *Bila dia baca status Facebook kawan dia duk kutuk-kutuk dan marah-marah dia mesti akan terfikir "Weh, kau sembang pasal aku ke?"
  • *Selalu merasakan orang semua kutuk dan mengata dia.
  • Dia tak nak makan nasi lemak/ makanan yang kawan sekerja/ sekolah dia bagi sebab takut dalam nasi tu ada santau. (woww~ amazing !)
  • Selalu marah dan rasa terpinggir kat parent dia sendiri sebab dia rasa mak bapak dia lebih sayang anak-anak lain. (kuat jealous~ =__=)
  • Jeles kuat dengan BF/GF sebab takut pasangannya bermain kayu tiga! Padahal pasangan dia baik kot. (sejenis bengong.. huhuhu! kesian pasangan dia)
  • Selalu rasa orang semua tak mau kawan dengan dia.

Itulah antara contoh kelakuan orang-orang yang paranoid. Saya rasa kannnn..... korang pun ada banyak contoh lain yang korang boleh relate dengan contoh-contoh di atas.



*Persoalannya : Mengapa orang tu jadi paranoid?*
Jawapannya :
Senang saja u olls  !!

*Dia jadi paranoid sebab selama ni dia yang duk buat onar kat orang. (You know what I mean , right ?) Sebab tu dia cepat sangat terasa macam orang lain pun nak buat naya kes kat dia.


So, the conclusion is... Janganlah suka duk kutuk dan duk mengata kawan-kawan sedangkan diorang tu semua tak mintak duit dia haram sekupang pun daripada korang. So kalau dia sendiri nak melingkup dengan life dia, biarlah. Bak kata orang utagha, biak pi lah! Kalau dia hidup alhamdulillah rezeki melimpah, heyy korang janganlah korang nak ada PHD ni. ( PHD = Perasaan Hasrat Dengki ) sampai korang nak buat macam-macam benda bagi dia jatuh. Kesianlahhhh kat dia. 

Benda-benda macam ni makan hati kau tau? Nanti lama-lama korang akan rasa semua kat dunia ni pun nak buat "something" or buat "aniaya" kat korang.

Sebab tulah adalah bagus kita hidup dalam suasana "positive". Wehh... Perkara ni maybe semua pernah lalui, betul tak? (betul.. betul.. betul..) Biarlah apa pun nak jadi. Just focus on your target untuk diri korang and hidup korang. Done ! ^w^



p/s : Tergerak hati nak post sebab adik tetiba je tanya, 

"Kak, kalau diana cakap akak paranoid, akak marah tak?"

Aku kata "Mestilah marah. Why? Kau cakap kat orang paranoid eh?"

Dia kata ye. I ask my mum "Ma, paranoid tu gila en?"

Diana menyampuk "Otak kauu.."

Mama jawab "Betul lah tu. Gila."

Aku balas "Hahh... Kan... Dia mental!"

"Bukan paranoid tu takut ke?" diana tanya lagi.

"Yelah... Dia dah takut.. Pastu mental.. Then, gila lah.. haha!" aku selamber jawab.

http://nurhazwana.blogspot.com/

Friday, 21 March 2014

Wana Bakal Menjadi Pelajar IPT

Alhamdulilah, pada tarikh 20 Mac 2014, kami batch 1996 telah merangkul kejayaan besar dalam hidup kami dengan memiliki sebuah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Setelah 5 tahun kami bergelar pelajar sekolah menengah dan menghadapi perang dengan kertas kami dalam SPM, akhirnya kami akan dapat keputusannya. Debaran demi debaran semakin kuat dirasakan oeh kami ketika nama pelajar cemerplang dilaungkan diatas pentas yang berbisa itu. Nama yang dilaungkan itu akhirnya diakhiri dengan tangisan. Tangisan kegembiraan. (penat baca?) Okay, sekarang fikir pasal sambung belajar kat mana?

Form 6? My mum and my family tak galakkan. Ramai juga cikgu tak galakkan dan sikit je galakkan sebab STPM tu kira macam diploma lah. Err... Saya pun takut nak ambil sebab takut masa study nanti kita merangkak nak belajar peringkat phd. Haha macam gitulah saya fikir.

Kolej / Universiti Swasta? Hahaha, janganlah call saya. Nanti saya main-main ja. Family and my senior ramai kata lebih baik tunggu surat dari IPTA dulu. Okay bos! Saya hanya menunggu jika ada rezeki.

UiTM? One of my dream~ nak sambung kat situ. Senang! Takdelah susahkan my mum nanti >_< Hehehe, course yang saya minat, agak dekat juga kat tempat tinggal saya. Bukan dekat macam jalan kaki tau! Dekat kalau naik motor atau kereta. Hehehe

Result saya rahsia? Erm, yup! Takut riak. Hanya family and my closest friend je tahu. :) kalau nak tahu juga, contact lah kalau rajin dan sudi. Hehehe, bukan sombong. Biarlah. Saya tak suka menghebohkan sesuatu. Huhuhu tak percaya? Seriuslah! Saya jenis yang suka simpan rahsia. Fyi, I am the best good listener! Hehehe sharelah cerita awak. Saya sedia mendengar! ^^ (itu takde kena mengena kbye)

Tuesday, 11 March 2014

Lepaskan. Bebaskan.

Hatiku meronta tetap kau menghalang,
Walaupun hati tertusuk lembing berbisa,
Bebaskan aku untuk terbang seperti helang,
Dan berikanlah aku kebebasan jiwa.

Pabila bersedia cari aku jangan mengalah,
Biar terseksa menahan sengsara rindu,
Aku mahu hubungan yang diredhai Allah.
Just wait for me to say I love you.

Tolong lepaskan aku dari sangkar,
Sangkar ciptaanmu yang sangat utuh,
Tolong buka kuncimu sebelum kucakar,
Katakanlah ayat berbisa itu sebelumku.

By : Nurhazwana Harmay



Dendam 'Seorang' Naga

Luka dihati kerana dijerat mata kail,
Masih perit tapi ditahan dan ditelan,
Jiwa dipenuhi dendam yang bersarat,
Menghantui agar mengenali penyesalan.

Kau bangkitkan naga yang sedang tidur,
Naga bahaya meragut hati dan nyawa,
Badannya dipenuhi dendam api yang tersadur,
Hanya menunggu kehadiran mangsa seterusnya.

*deep*


By : Nurhazwana Harmay



Wednesday, 26 February 2014

5 Sebab Kenapa Berat Tak Nak Turun !


1. Anda skip BREAKFAST
Breakfast tu penting!! Kajian menunjukkan bahawa kalau korang tak makan breakfast, korang akan makan lebih banyak time lunch and dinner..
Pernah dengar kan quotes ni 'Breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar'.

2. Banyak kali makan dalam sehari
Kalau boleh stick dengan jadual breakfast, lunch and dinner je. Yang minum pagi, minum petang and supper tu tak payah laaa menambahkan lemak2 je.. kalau lapar jugak boleh makan tapi ambik yang ringan2 je, jangan time breakfast tu makan nasi lemak, minum pagi makan mee goreng pulak...huhuhu

3. Diet tinggi Karbohidrat macam NASI
Karbohidrat ditukarkan kepada lemak sekiranya diambil berlebihan. Jadi kurangkan nasi dan ambil lebih byk protein supaya otot terpelihara semasa lemak dibakar. Contohnya, ambil nasi sedikit je tapi lauk banyak..

4. Tak bersenam langsung
Kalau kurang bersenam takpe, ni tak bersenam langsung.. ala bersenam yang ala ringan2 je.. mcm parking kereta jauh sikit, jalan kaki la.. naik tangga ke..

5. Makan salad
Makan salad? Apa salahnya makan salad? Sihat tu.. Tak salah makan salad tapi salah kalau korang suka nak letak mayonis n sos thousand island banyak2 kat salad tu.. banyak lemak tu, macam mane nak kurus..

Credit to : http://teynteyndoll.blogspot.com/2014/02/5-sebab-utama-berat-badan-anda-tak.html

Wednesday, 22 January 2014

Pabila Wana Isi Borang UPU

Assalamualaikum,
Dear my friend. Sekarang budak lepasan SPM, budak lepas STPM, budak-2 yang baru nak up menuju ke menara gading sedang membeli no.pin untuk UPU. IPTA dan lain-2 seperti Politeknik juga dipohon oleh kami semua.

Nanti, lepas dah beli tu, pergi kat laman web https://online.moe.gov.my/upu/onlineupu/ dan pergi kat permohonan. Isi apa yang patut. Sebelum memilih untuk sambung pengajian apa, buat research dulu. ^^ Hahhh… Dah tau ke belum no.pin tu takde limit tarikh tamat? So, for now pertimbangkan pilihan korang tu dulu. Korang boleh isi sekarang then boleh kemaskini before tarikh permohonan tu. 7 April 2014. Saya dah isi macam kat bawah ni :

Pilihan Bidang Pengajian Mengikut Keutamaan :
Bidang 1* - EKONOMI/PERAKAUNAN/

Bidang 2 * - PERNIAGAAN

Bidang 3 *- SENI BINA PENGURUSAN

Pilihan Program Pengajian Mengikut Keutamaan Selain IPTA / Politeknik Premier di Bil :
Pilihan 1 * : UiTM - E2111 DIPLOMA SENI LUKIS DAN SENI REKA# (TERBUKA KEPADA
BUMIPUTERA SAHAJA)

Pilihan 2 : UniSZA - D2231 DIPLOMA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Pilihan 3 : UiTM - E2304 DIPLOMA REKA BENTUK DALAMAN# (TERBUKA KEPADA
BUMIPUTERA SAHAJA)

Pilihan 4 : UiTM - E2201 DIPLOMA PENGURUSAN MAKLUMAT (TERBUKA KEPADA
BUMIPUTERA SAHAJA)

Pilihan 5 : UniSZA - D2150 DIPLOMA TESL

Pilihan 6 : UiTM - E2242 DIPLOMA SENI KULINARI (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA
SAHAJA)

Pilihan 7 : UniSZA - D2225 DIPLOMA PERDAGANGAN ANTARABANGSA

Pilihan 8 : POLITEKNIK - F2162 DIPLOMA REKA BENTUK GRAFIK

Tawakkal je. Kalau buntu dan pening sangat nak pilih apa, buatlah solat istikharah. ^^ Semoga apa yang kita pilih tu mampu kita bawa dan member kejayaan dalam hidup. InsyaAllah dengan berkat ibu bapa yang sokong kita, Allah ada, kawan-kawan jadi kawan gila-gila korang, korang dapatlah tawaran. Alhamdulillah, rezeki koranglah ^^