Monday, 9 December 2013

Pilihan Mama atau Pilihan Sendiri?

Assalamualaikum,
Yeah!!! Saya Nurhazwana telah tamat menghadapi SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) pada 27 Nov 2013 iaitu semasa Kertas Perdagangan. Dan diakhiri dengan calitan kek berwarna biru yang sangat nampak macam water colour. Hehehe~ celebrate last paper katanya. Okay, let's talk about my topic.

Baru-2 ini kita dikejutkan dgn banjir paling buruk di Malaysia. Diharapkan, sebagai rakyat yg prihatin marilah kita sama-2 berdoa semoga banjir aKan menjadi Surut. Amin...

Alright, mukadimmah Je tadi. Selepas exam hari tu, mama kata suruh saya jadi seorang guru. Saya ni dah lah tak pandai sangat mengajar orang.  Orang nak faham apa yg saya bagitahu pada mereka pun susah. Kata mama, saya pandai dalam jurusan / bidang Pendidikan Seni Visual dan Perdagangan. Tapi... Pada kajian saya tahun ni, Kementerian Pelajaran Malaysia mahu guru atau sesiapa yg ingin melanjutkan pelajaran ke maktab perguruan, result SPM kena credit 6 A bagi Semenanjung Malaysia. Hmm... Agak sukar untuk saya mencapai hasrat dan kehendak mama sebab saya lebih berminat dengan bidang lain.

Saya berminat dengan seni dan perniagaan. Minat untuk menjadi seorang grafic designer tapi susah sebab kerja itu kebanyakkan orang pandai. Nak jadi interior designer atau landscapr designer tapi kreatif mesti ada dalam diri. Photographer pun ramai tahu -..-'' Errrr..  Multimedia, animation. Banyak flow yg saya minat tapi tak tahu pilih apa.......

Dalam business, saya tertarik dgn job sebagai HR (Human Resources) Management. HR ni sangat penting bagi sesebuah company sebab dia pikul tanggungjawab besar. Saya minat sesuatu yg mencabar dan boleh banyak bergerak. Terlalu curious pasal job ni sampai sanggup buat research pasal HR tu. Hehehehe....

Saya berharap diberi petunjuk manakah lebih sesuai utk saya yg masih mentah lagi dalam memasuki alam kedewasaan dan akan menjadi lebih matang kelak. Harapan dan sokongan semua pihak amat saya hargai. Saya juga mengharapkan supaya pelajar lepasan spm bijak menentukan haluan hidup masing-2... :-)