Wednesday, 7 November 2012

Musim Cuti Sekolah dan SPM

assalamualaikumn
lama saya tak update blog busyukk ni. hehehe.. 5 november 2012 hari tu budak form 5 ambil exam spm.. kami dah mula cuti awal.. ada sekolah lain yang tak cuti lagi hahaha! sorry lah.. kau orang kena sekolah sampai jumaat ni.. rilek der! nanti cuti.. hahhh saya nak cerita yang si comel exam spm jugak.. good luck awak!! saya sentiasa menyokong :D ! saya betul2 rindu awak.. saya akan tunggu walau macam mana pun :) ! so study betul taw awak ! chaiyokk !! ngeee..
cuti sekolah ni memang boring betul lah.. boleh buat berat bertambah.. hehee!!
bubye fellows ! :D

Friday, 12 October 2012

Untuk Cikgu Joe dari 4 Salman Awesome

Dear Blogger,
Assalamualaikum kepada budak kelas saya, 4 Salman dan Cikgu Johari Mohd a.k.a guru praktikal perdagangan kami. Hari ni kita ada majlis perpisahan Cikgu Joe. Dah macam sambut birthday artis. Hahaha! Rumah Mirza je. :) Anyways, kita makan BBQ, kek coklat, ,mashed potatoes, coslaw, kerang hangus, ayam ketung, hot dog legam,.Hahaha! Mirza yang buat okay. Pelajar yang hadir, Mirza, Nadzmi, Haziq, Muzani, Syamim, Ustaz, Fenan, Bob, Afiq Hussein, Rasyid, Intan, Laila, Dahlia, Syaza, Wana (saya), Hajar, Alyaa, Azwa, Wahidah, Zaheeda, Adibah, Asyikin, dan Shahirah. Cikgu Fifi dan Cikgu Iskandar pun join. Lepas makan, ustaz bace doa, cikgu joe bace doa jugak, bagi hadiah gambar satu kelas, main musical chair, sesi bergambar dan bersurai. Dan ini ialah antara gambar dalam majlis tu. Little bit of party, maybe >w<
drama king dan queen, tangkap leleh, ucapan daripada guru tersayang dan semua aktiviti

Sesi bergambar dengan Cikgu Joe


yang pegang pinggan itu saya dan yang posing maut itulah cikgu

haziq dan laila macam laki bini

cikgu bersedih a.k.a gembira dapat hadiah kami
ucapan dan sokongan Cikgu Joe : "sy niatkan doa sy ptg td merangkumi semua 4 salman yg hadir atau tidak.. semua awk adalah yg terbaik.. teruskan belajar sungguh2... awk ambil perdagangan cikgu pn dlu ambil perdagangan.. bezany sbjek cikgu 11 sbb aliran mcm KAA ada B.Arab syariah dan quran sunnah.. kalau cikgu boleh dpt 8A .. kenapa awk semua tak boleh? SPM tahun dpn buat betul2.. tunjukkan kelas perdagangan adalah yg terbaik! insy Allah.. doa sy sentiase buat kalian unt berjaya.. yg pntg kene usaha.. (,") insy Allah.. ini motivation sy unt awk semua.. smg Allah membantu org2 yg berusaha.."
credit to Reira , Cikgu Joe and 4 Salman.

Thursday, 4 October 2012

busy with study

Assalamualaikum kepada semua yg baik,
Hehehe! Lama tak update.. Actually, saya busy dengan studying lah. Final Exam 16 October until 31 October 2012. Wish me LUCK! >w< hope for a good results. Next year, saya dah SPM. Wahhh! Masa begitu pantas berlalu. And saya dan semua Tingkatan 4 2012 adalah first batch kena lulus "SEJARAH" dan ada "KERTAS 3" iaitu "OPEN BOOK TEST". So, 30% adalah daripada paper 3. Okay! We are done! InsyaAllah.
Next, I am the happiest girl! Today. Hahaha! Because...emmmm..Si Comel lah.
Hihiii! Good bye!

Saturday, 28 July 2012

Keliru Memilih Cita-Cita

Masih tiada cita-cita. Teringin nak jadi designer. Tapi tak tau nak jadi apa. Warghh!! somebody saveeee meeeee~ (lagu smallville) hahahaXD! Saya minat seni. Tapi ada pulak orang kata "seni tu tak boleh jamin masa depan", "seni ni susah lah nak dapat kerjanya". Macam-2 yang saya dengar.

GRAFIC DESIGNER? Bukan ke sekarang dah ramai grafic designer. And sekarang grafic designer lebih cenderung kepada fotografi.

FASHION DESIGNER? Ya Allah, saya mana lah reti nak berfesyen ni. Sekadar komen cara pemakaian orang boleh lah. Ni nak kena reka baju baru. Menjahit tak ada masalah sebab saya cadang nak belajar menjahit lepas SPM. Sebelum dapat result.


INTERIOR DESIGNER? Minat juga. Menarik tapi susah. Hmm, tak pastilah.


LANDSCAPE DESIGNER? Pun tak pasti. Serius! Saya keliru pilih cita-cita. :(







Thursday, 26 July 2012

Keliru Memilih Masa Depan


Keliru Memilih Masa Depan
“Allah menguji hambaNya dengan menimpakan musibah sebagaimana seorang menguji kemurnian emas dengan api (pembakaran). Ada yang ke luar emas murni. Itulah yang dilindungi Allah dari keragu-raguan. Ada juga yang kurang dari itu (mutunya) dan itulah yang selalu ragu. Ada yang ke luar seperti emas hitam dan itu yang memang ditimpa fitnah (musibah)” (HR. Ath-Thabrani)

“Aku bukannya minat melukis pun”, kata seorang rakan jurusan seni bina.

“Aku bukannya kreatif pun. Kalau kira-kira ni boleh la”, tambah seorang lagi.

Dalam keadaan suka duka menerima keputusan SPM, menjadi satu kebiasaan lepasan SPM konfius dengan pemilihan kerjaya. Barangkali terlalu banyak pilihan sehingga personaliti pun tidak nampak signifikannya setelah 11 tahun di alam persekolahan. Cita-cita lama entah hilang ke mana.

“Aku minat bidang seni ni. Apa ni.. Seni kulinari?”, kata seorang rakan yang sedang mengisi borang UPU.

“Ambil jelah. Asalkan ada seni”.

“Ey, tau tak seni kulinari tu apa?”, tanya saya tersenyum sinis.

“Seni kulinari ni seni masakanlah!”, dua-dua ketawa.

‘THE CONFUSE COMPLEX’
Kadang-kadang saya kasihan dengan pelajar yang dapat skor straight A, tetapi dapat kursus yang biasa-biasa, tak minat. Gara-gara tersalah isi borang, jadilah mangsa ‘lelong’ UPU dalam tawaran kursus-kursus yang kosong.
Sebenarnya, satu perkara yang normal jika konfius dalam situasi ini. Tetapi, lantaran begitu keliru inilah kadang-kadang tergopoh dalam membuat pilihan.
Dalam keadaan ini, tidak terlambat lagi pelajar lepasan SPM untuk mengenal diri. Di internet, banyak ujian-ujian personality career test yang diiktiraf dan dikaji. Dengan mengetahui secara mendalam signifikan dalaman, insyaAllah dapat memberikan keyakinan dalam membuat pilihan.

ASASI ATAU MATRIKS?
Yang paling biasa berlaku, ramai yang memilih matrikulasi kerana 2 sebab. Yang pertama ikut rakan-rakan lama. Yang kedua kerana masih tidak pasti. Tetapi awas, kerana masuk ke matrikulasi masih belum selamat untuk kerjaya. Jika dapat pointer yang rendah, bersiap sedialah disumbat ke kursus ‘lelong’.
Satu pesanan saya, bagi yang dapat keputusan SPM yang cemerlang, elakkan masuk ke matrikulasi kerana dikhuatiri kerana persekitaran baru menyebabkan usaha tidak sama seperti di sekolah dahulu, dalam erti kata lain, pointer rendah. Tetapi, jika anda yakin untuk dapat skor dengan baik di matrikulasi, maka digalakkan kerana matrikulasi boleh dikatakan jalan pintas ke peringkat Sarjana Muda.

Asasi pula adalah matrikulasi yang disediakan oleh pihak universiti. Melalui asasi, pelajar akan lebih fokus dengan pembelajaran yang dipilihnya. Contoh, asasi perubatan akan belajar lebih khusus ketika asasi, berbanding dengan matrikulasi KPM yang hanya terbatas pada pembahagian sains hayat dan sains fizikal.

DIPLOMA KE SARJANA MUDA VS ASASI/MATRIKS KE SARJANA MUDA
Ketika mengisi borang UPU, banyak tawaran yang menyediakan diploma. Ada yang masih keliru dan teringin nak belajar cepat. Perlu diingat di sini, seorang profesional mana ada nak belajar cepat-cepat. Kalau anda mengambil diploma, biasanya tiada asasi, terus belajar antara tempoh 3 atau 4 tahun. Sijil diploma layak untuk bekerja.
Jika anda berhasrat untuk terus belajar ke peringkat sarjana muda JANGAN pilih diploma. Setelah selesai graduasi, ada tempoh paling kurang 6 bulan bercuti sebelum belajar ke peringkat sarjana muda. Ada kursus sarjana muda yang menetapkan pointer tertentu untuk meneruskan pengajian. Kursus sarjana muda sambungan diploma kebiasaannya akan dibahagi setengah tempoh pengajiannya.
Jadi, tempoh pengajiannya sebenar lebih lama jika menyambung pengajian berbanding bermula dengan asasi/matrikulasi.
Bagi yang mengambil asasi/matrikulasi, sijil ini tidak diterima untuk melayakkan anda bekerja. Anda akan terus ke pengajian universiti pilihan bagi matrikulasi, universiti tertentu bagi asasi.

KEKELIRUAN MEMILIH BIASISWA
Ramai yang salah faham bahawa biasiswa ditawarkan sebagai hadiah untuk pelajar cemerlang. Sebenarnya biasiswa memang ditawarkan kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang DENGAN kontrak bekerja dengan syarikat yang menawarkan biasiswa itu dalam tempoh tertentu (ada sehingga 10 tahun). Jangan buntang mata dengan tawaran yang biasiswa yang begitu tinggi kerana dikhuatiri setelah grad, anda bekerja sampai tengah malam.
Biar bersusah-susah dulu baru senang. Bukan bersenang-senang baru rasa susah!
Pilihlah biasiswa MARA atau JPA. Bagi jurusan perubatan dan kejuruteraan, anda akan mengikat kontrak dengan bekerja di bawah kerajaan dalam tempoh tertentu di bawah tajaan JPA. MARA tidak perlu ikat kontrak, BONUS!
Bagi yang ingin dapatkan biasiswa, teruskan ghairah mencari peluang-peluang biasiswa ini. Kebanyakannya bakal pemilik biasiswa akan ditemu duga. Mulakan menguasai kemahiran ketika ditemu duga.
Biasiswa ini biasanya ditawarkan oleh syarikat tertentu bagi mengisi tenaga pakar sebagai employee mereka kelak. Persaingan sangat sengit. Kebiasaannya mereka menghantar pelajar-pelajar tajaan ini ke luar negara.
Bagi jurusan seperti saya ini, seni bina, tiada syarikat yang memerlukan orang macam kami. Hehe. Arkitek bekerja dengan syarikat kecil. Hanya satu sahaja biasiswa yang menawarkan, iaitu JPA. Ini duit rakyat ya.

DALAM NEGARA VS LUAR NEGARA
Sebenarnya pemilihan antara dalam atau luar negara adalah terpulang pada persediaan diri. Ada yang kerana dapat tawaran luar negara, walaupun kursus yang tidak diminati, dia tetap pergi. Ada juga yang tidak mahu kerana tak mahu pisah dengan keluarga. Saya menegaskan tawaran luar negara tak semestinya lebih baik dari dalam negara.
Kita ambil satu contoh, jurusan perubatan. Di Malaysia sebenarnya sistem perubatan kita sangat bagus. Di Universiti Malaya (UM), pelajar perubatan mesti mendapatkan pointer sekurang-kurangnya 3.8 CGPA, atau dihantarkan keluar negara. Di UKM, negara jurusan pergigian, negara kita pernah diiktiraf antara yang terbaik di peringkat antarabangsa.
Maka, tidak perlu terlalu mengidamkan luar negara.
Tetapi, bukanlah bererti saya tidak setuju. Ke luar negara bagus sebenarnya memberikan kita perspektif dan suasana baru di negara orang. Ketika itulah anda akan mengenal rasa sebagai masyarakat minoriti. Saya pernah dengar bekas pelajar luar negara menceritakan, terutama di negara-negara white skin, ketika itulah mereka merasakan perlu wujudnya suasana Islam bagi pelajar-pelajar.
Ia mengukir pelbagai pengalaman yang indah.
Untuk merasakan persekitaran ini, cuba-cubalah melayari blog sahabat-sahabat yang berada di perantauan. Tanya pendapat. Jika bersedia, buat yang terbaik di peringkat A level/Ausmat/International Baccelaurate (IB) dan sebagainya.

BUATLAH YANG TERBAIK
Kerana anda sahaja tahu signifikan kenapa anda berada di bumi ini. Anda sahaja yang memahami apa tuntutan, tanggungjawab, anda terhadap keluarga, bangsa dan agama.
Jangan tersilap.

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”(Surah Al-Baqarah : 30)

Copy from http://senikehidupan.wordpress.com/2009/03/13/episod-76-keliru-memilih-masa-depan/ and edited by Nurhazwana Harmay. ^^ Yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada kita. So, renung-renungkan lah.