Sunday, 19 March 2017

Welcome to "Degree Life"

Assalamualaikum and hi!

Its been a long time I didnt update any of my story life. This year, I'm 21 yrs old and sepatutnya tahun untuk mengundi. Malangnya tidak layak kerana tidak cukup umurnyaaa hahaha.

Hari ni adalah minggu kedua aku bertapak dalam dunia selain dari dunia fotografi. Ia cukup memeningkan kepala aku kerana aku adalah NR (Non Resident) yang tinggal di Shah Alam dan perit untukku berulang alik kerana sebab tertentu (pm if nak tahu). This week is really frustrated sebab aku adalah LONE RANGER yang cari kelas sendiri2, register course sendiri2, makan sendiri2, dan balik sendiri2. Hahaha masih mencari kawan serasi. But, I love it. Its make me rasa kena palau (sedih). Tapi tak apa. Diorang semua baik belaka.

So, now I further study in UITM Puncak Perdana as student FITA which is Bachelor in Creative Technology (Hons) Animation & Screen Technology.


Expectation of my few friend :
"Kenapa tak sambung degree fotografi?"
"Weh tak lari bidang ke ambil degree animasi ni?"
"Dapat kerja ke?"
"Sumpah susah doh animasi. Banyakkkkk duit"
"Kau minat ke kos ni? Seriously?"

!@#$%^&*()_+

Seriously, when you get this fuc**** questions (torture), rasa down gila. Macam kau tak ada tujuan lain ambil kos macam-macam. After the "pre-mds" haha aku ada semangat nak teruskan kos ni. Classmate jangan ceritalah background mereka. From diploma graphics, digital media, film screen, animation. Power! Budak STPM pun ada tau! Diorang ada otak pandai~ Haha seriously mencabar.

p/s : Kepada kawan-kawan aku yang nak further degree, fikirkan dahulu. "Adakah anda pasti anda akan berjuang untuk hidup berdaya saing yang sangat berbeza dengan zaman spm/stpm/diploma dahulu?"

Okay, sambungan. Classmate aku ada dalam 38 orang. Dan semuanya POOOWEEERRRR!!!

.......

Hahahahaha. Okay sudah tiba masanya aku letak tujuan aku hidup dengan kos berbeza.
1st, I can do freelance photographer (yang ada certificate diploma)
2nd, I can do a success animator (insyaAllah semoga aku grad on time)
3rd, I can do both.

Finally, jangan down wana. Be strong! Please...

Wednesday, 4 January 2017

If you hurt, I'm hurting too

To someone, I love you more than others. We are done. And I hope, you wont forget our promises. "Kawan sampai kahwin". Rindu tu sakitkan. Walaupun berkawan sekalipun, sifat clingy aku ni takkan pernah terhapus. Eeeiii aku rasa nak aje pegang kau sampai bila-bila. Tak tipulah kalau aku tak nangis fikir masa dulu. Bila kau sweet, sumpah potong kaki. Rindu weh serious. Aku taktahu lah nak ngadu apa lagi kat baby blog gemok ni. Aku contact other guys pun, sebab hilangkan bosan je. Buat nasihat, pendapat ke, idea ke, mengadu ke. Bila aku contact, aku contact sebab hari-hari rindu. Hahaha tolonglah jangan member-member baca blog ni. Memalukan je. 

Tahun ni ialah tahun 2017 dimana ekonomi di Malaysia semakin tinggi. Kini aku hanyalah lepasan diploma yang sedang menanti lembaran baru untuk terus diperingkat seterusnya, degree. 2017, aku harap kau akan menyenangi hidup aku dan hidup dalam penuh barakah. Amin. Mama, you're going to be 50 yrs old. Aku nak mama tengok aku kahwin, nak dia ada cucu. Mama, akak dah tua ma. 21 yrs old. I should take a good care of you. Akak patut dah pandai masak dah, dah pandai bangun subuh sendiri, pandai bangun pagi, patut boleh fikir matang fikir panjang. Tahun ni memang nak tanam azam banyak-banyak. Azam 2017 :-
Nak kurus.

Nak cuba ambil income menulis, tolong business orang or else. Buat duit poket.

Setia. Menanti bunga dipetik oleh awak.

Nak jadi perempuan yang pandai semua. Masak. Mengemas. Bangun pagi. Rajin.

Nak kumpul duit untuk travel.

Buang segala tabiat buruk sama ada dalaman atau luaran.

So, the conclusion? Jangan cakap je tapi tak buat. Do a lot of reference, tanya orang-orang yang berpengalaman, jangan malu dan rajin. 

Lots of love.
Wana

Saturday, 17 December 2016

THE END OF MY DIPLOMA

Assalamualaikum,
Aku belum graduate.
Aku juga pengganggur.
Aku masih tak kahwin lagi.

Hari ni aku tiba-tiba rasa nak menaip sambil melayan lagu-lagu jiwang dan blues. Dah nak hujung tahun 2016 dan aku gembira untuk tahun ni. Terima kasih semua, especially, lecturer, kawan universiti, family. Photography mungkin bukan dalam bidang atau rezeki aku. Sejujurnya, sekarang ramai pesaing dalam bidang fotografi ni tak kira lah budak sekolah atau lepasan atau kolej atau bekerja. Ia seperti suatu trending. Hahahaha aku takkan sia-siakan diploma aku sampai sini. InsyaAllah aku sambung degree~ Kita lihat sampai bila aku akan bertahan.

Wednesday, 20 April 2016

Wana try to lose weight.

Hi, after a week rest day for me in this semester break, I had some exercise and drinking some green tea for week. I read the review, ramai yang turun berat badan 4kg. Tapi kenapa aku punya berat yang naik 4kg. I ask the seller, dia kata aku maybe dah langgar pantang larang yang diorang bagi.
1st do not drink cold water and manis2
2nd drink a lot of plain water at least 3 liter per day

Yang aku ni minum aku 1.5 liter sehari and selang minum air sejuk manis. Memang naik betul. Aku jujur, berat aku naik daripada 65kg kepada 69kg. Semalam check berat 68. Tiba-tiba naik 1kg. Tu yang aku tanya seller tu. So, aku decide nak stop kejap minum green tea. Aku x cukup air katanya. Aku nak buat cara aku.

So, after this, aku nak buat misi turun sampai berat aku 60kg. Turun dalam 9kg macam tu. Orghh adakah aku berjaya dapatkan berat ideal? After 60kg, I will lose 5kg. That’s my target. Hello, dah 20 tahum, jangan gemuk2 weh. Susah nak berjalan sana sini. Pakwe aku dah sado. Aku? Mestilah nak kurus. Dia umpama pembakar semangat aku lah. Dia nasihat itu ini. Memang insaf nak amek green tea balik. Ura-ura nak ambil fat burner tapi forget about it, if tak berjalan, ia akan menjadi something yang waste of time.

I’m trying to do cardio for a week.

Tuesday, 12 April 2016

Cuti Semester 4 Wana

Its been a week aku kat rumah. And dah dua kali aku ulang alik dari Kulai. Also emergency drive to KL.
5 April - Lendu to Kulai
6 April - Kulai to Shah Alam
8 April - Shah Alam to Gombak
10 April - Shah Alam to Kulai
11 April - Kulai to Shah Alam

Actually, aku kena cari kerja this week for support aku masa semester 5 nanti. Aku bakal ambil subject “Fine Art Photography/ Art Photography”. Oh ya, Ohsom Project will split on two different subject. Jijoi and I will take the Art while Zirah and Zana will continues their “photojournalism”. Its okay. Maybe ada hikmah kan? 

Innalillah and takziah to Jijoi’s family. Sebab 8 April lalu, abah dia telah menghadap ilahi. I’m sorry to hear that news. Saya sangat memahami perasan awak serta keluarga. Malam tu, aku datang rumah dia. Ramai. Ada yang kenal aku. Deksu yang datang kat aku. Dia cakap “Deksu faham perasaan Kak Wana”. Yes dear, kena kuat. Dulu abah aku pun pergi dulu sewaktu usia dia. Kena kuatlah. Jangan jadi aku. UPSR dulu pun 1A hahaha. Luruh hati tengok mata jijoi sembap sikit. Lagi-2 mama dia. Allah sayangkan arwah. Doakan semoga arwah dalam kalangan orang beriman. Walaupun tak sempat jadi menantu, saya tau, pakcik baik orangnya. 

Kalau di ikutkan tahun ni, aku dah 20 tahun. So, sepatutnya ada sifat matured tu. Hahaha tapi mana entah. Banyak main-mainlah. Takpe. Diploma ni aku banyak main-main ke? Dah lah dekan sekali je waktu semester 2. Tak tau lah semester ni macam mana pulak aku struggle. Memang nak mati gila lah. Sampai tak tidur bagai. Tu semua moment yang sangat bermaknalah. Harap ilmu semester ni tak hilanglah. Amin... Semester 5 ni aku kena hardworking! Kalau tak, habislah reputasi nanti. Nanti ada major and minor. I don’t know what is that thing. Tapi, maybe ada a lot presentation yang ada critic, comment, bla bla bla. Kawan-kawan, doakanlah untuk aku yang baik-baik ya? Emm, result? Hohoho hope its normal and excellent lah~ Kalau menurun? ..... Assalamualaikum lah ceritanya.

Aku ada terstalk my course-mate. Ada yang buat instagram and promote diorang punya job in freelance photographer. Wehh, I want to enjoy them. Tapi, err tak ada siapa panggil nka buat job. Sedara mana nak kahwin haha dah tua-2 bangka lah. Tunggu sepupu kahwin lah kut hehehe. Sepupu pun kecik-2. Aku ada nak buat new project kat instagram weh. Pastu ada nak buat small business macam online tu. Sumpah terfikir tapi I don’t know what kind of business yang aku boleh bawak. Sebab aku minat apa je? 

Talking about minat, aku seorang yang kurang pendirian tetap. Kejap itu. Kejap ini. Sentiasa ikut tindak tanduk orang. Mungkin ni masih dalam proses pembelajaran. Tak boleh serap sekeliling lagi. Tak boleh buat sorang-2 lagi. Hmm, degree pun tak sure lah nak ambil apa. Or kerja terus with certificate diploma? Segalanya di tangan Allah. Harap positive lah jalan hidup aku nanti.
Terima kasih baca! Assalamualaikum

Thursday, 25 February 2016

SEMESTER 4 TERASA MACAM FORM 4 DULU

Assalamualaikum,
Hai, sekarang saya di makmal komputer uitm lendu. Menunggu lecturer yang tidak-tidak sampai lagi daripada pukul 2 dan sekarang pukul 4 macam tu. Semester 4 ni subjek agak ringan because I've 5 subject that is video, interactive multimedia, commercial, photojournalism and business. Huish, first task video buat parody film. Seronok buat! Sebab kelakar. Tapi tak power macam jijoi. Second task buat music video. Carilah kat youtube my hyperact sidipci. From OHSOM Production (zana, zirah, jijoi and me). After this last task untuk subject video ialah Short Film. Takat ni semua dah settle (skript, props, talent). Tinggal nak shooting je. Harap lah dipermudahkan urusan. Susah tau. Kitorang punya genre ialah "penyiasatan". Photojournalism pulak tiap-2 minggu keluar. Commercial shoot studio je. Yang susah bila dia jadi special effect and still life (ni kira macam fine art photography sebab idea dia lain dari lain macam sentimental sikit because ada deep meaning). Next, interactive multimedia kitorang buat websites pasal "Chalet D'Kampung Mr OS". Comel~ Nanti aku up to date post artwork kitorang with the link of our Music Video and upcoming Short Film. Lastly, subject business. Ni kitorang buat business acah-acah! buat pasal Studio Walk-in. Okay lah lecturer dah masuk!!! Bye.

Friday, 6 November 2015

Kejap, nak cerita angan2 aku ni

On my birthday, aku bayangkan yang its will be at the taman lah. Ada kad comel bawak aku pergi situ. Ada belon banyak2 iring aku pergi situ. Belon kiri kanan. Heee~ Pastu dah sampai tempat tu, ada surprise yang menanti kan. Macam ada hadiah macam2 atas meja. "Happy Birthday Wana". Wahhhh! Tulisan besar buat sendiri kan. Cam budak2. Hahaha pastu ada orang datang ramai2 cakap surprise. Diorang menyorok. Nampak semua member2 rapat aku dengan family mama diana kimey tok ki tok wan ucu acik. Uish.. Cousin2 kecik tu datang best kut. haziq, hazim, ijul, marsha, minsha, daniel, Birthday memasing dekat2. Sepupu aku pika, wawa, jiji, qaira, mak long. Kepala bapak ramai. Hahaha angan2 lah semua nak datang.

Nak comel, Ada kad comel bawak aku pergi situ. Ada belon banyak2 iring aku pergi situ. Belon kiri kanan. Heee~ Pastu dah sampai tempat tu, ada surprise yang menanti kan. Ini baru surpriseeee.

Rumah angan2, nak penthouse. Kumpul duit bebanyak. Beli. Tak pun banglo cukup lah. Hahahahaha tak kisahlah rumah apa asalkan ada library untuk aku letak buku kesukaan aku, Fixi, Lejen dan genre2 yg mampu buat orang rasa eeiiiii.....

Kahwin nantiiiii, aku nak tema maroon, merah, pink, purple. Hahahahaha which one? Janji adik beradik colour tulah. Nak vogue ke? Ehhhhh bolehhhh... Kat dewan lah. Ada catering. Nak favourite makanan aku. Western. Campurlah lain2. Ecehhh. Taklah. Nak buat ala kadar kat rumah alam jaya! Hahahahahahaha

Aku nak bukak cafe. Cafe comel. Wohoooo... Alaa2 hipster sikit. Ehh tanak ah. Nak western sikit. arghh lantak lah. Janji ada kan. Ada modal, aku bukak lah satu. Huhuhu

okay. nanti ada apa2 angan2 nak tambah, aku edit balik muahahaha kbye